Tuesday 28 October 2014

Kebaikan Internet

1. Perkongsian Maklumat
Pelbagai maklumat dapat dikongsi dan diperoleh dengan hanya melayari internet tanpa dikenakan sebarang dan had masa. Maklumat yang diperolehi bukan sahaja dalam bentuk teks tetapi juga dalam bentuk grafik. Pelayar sesawang hanya perlu menggunakan enjin carian untuk mendapatkan maklumat yang mereka inginkan.

2. Alat Komunikasi
Internet telah dijadikan sebagai platform untuk berkomunikasi. Internet merupakan alat komunikasi yang amat mudah dan tanpa memerlukan kos yang tinggi. Penggunaan messenger seperti Yahoo, Skype, Hotmail dan sebagainya telah memudahkan lagi komunukasi antara pelbagai pihak dan penggunaanya amat meluas.

3. Jimat Kos dan Masa
Pengguna internet ini secara tidak langsung telah menjimatkan kos seperti kos panggilan telefon dan kos pengangkutan. Bagi penjimatan kos panggilan misalnya, kebiasaannya kos panggilan ke antarabangsa dengan menggunakan telefon analog amat mahal jika dibandingkan dengan penggunaan skpe yang tidak mengenakan sebarang caj.

4. Berita Terkini
Pengguaan internet telah memudahkan berita terkini disampaikan dengan cepat. Kebanyakkan suratkhabar mempunyai laman web sendiri seperti The Star. Laman web ini sentiasa dikemaskini dan memaparkan berita terkini yang berlaku di seluruh dunia.

5.Promosi
Internet dijadikan alat untuk mengiklan produk untuk sebuah syarikat . Internet bukan sahaja murah malah lebih berkesan kerana boleh diakses di seluruh dunia. Terdapat syarikat yang menawarkan program berkembar yang amat berkesan dan murah untuk mengiklankan produk sesebuah syarikat atau orang perseorangan.